THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Saturday, February 14, 2009

Aksi-Aksi Manja Daripada Jaguh Kampung


Bakal pelapis badminton negara pada tahun 2020…

Monday, February 9, 2009

Kenangan Semasa AJL 23



Kenangan bersama ahli kumpulan Meet Uncle Hussein selepas AJL 23…..

Rahsia Bantal


Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal


Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal

Kasihan betul... pergi kedai belilah satu

Sekadar Hobi...


Inilah aktiviti masa lapang saya. Jika ada waktu terluang sahaja, saya akan pergi memancing. Memancing ini bagus. Selain mendapat ikan , memancing juga dapat menenangkan jiwa dan perasaan kita, terutamanya semasa kita sibuk dan stress dengan assaiment. Tetapi, untuk mendapat ikan , kita kenalah banyak bersabar. Jangan pula stress bila kita tidak dapat tangkap ikan. Nanti, bertambah stresslah kita. Macam saya yang tidak mudah stress ni. Akhirnya, berjaya juga saya mendapatkan ikan. Foto ini dirakam semasa cuti Tahun Baru Cina yang lalu. Kepada mereka yang ingin mengajak saya untuk memancing, bolehlah menghantar jemputan tersebut di dalam blog saya ni. Jemputan anda akan saya cuba pertimbangkan. Sekian, terima kasih.

Sunday, February 8, 2009

Tips Mengurangkan Tekanan Dan Kebingungan


Setiap orang menghadapi tekanan, cuma dalam level yang berbeza.

Anda bingung dan tak tahu nak buat apa?

Atasinya dengan tip-tip ini.

1) Biasakan Diri Berada Dalam Keadaan Berwuduk
Jiwa kita akan jadi lebih tenang jika kita biasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.

Jika anda seorang pelajar, saya sarankan agar biasakan diri berwuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.

2) Banyak Membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadah kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam.

Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu Berdoa
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan.

Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas.

Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka Baik
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah.

Oleh itu, kita mestilah mengaanggap semua itu hanya sementara, tiada ujian yang aan kekal. Bersangka baik dengan Allah dan jangan menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita.

Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan Kegiatan Luar - Bersukan dan Beriadah
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan.

Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.