Salam dihulur pembuka bicara
Kata disusun nak buka cerita
Ni geng-geng rumah sewa taman bernam 41 empunya cerita
Nak membawa anda berhibur bersama
Di rumah sewa bermula kisahnya
Bak kata japa onn, semua sama saja
Maklumlah dirikan dah meningkat remaja
Tapi pelajaran tak pernah lupa
Sorang demi sorang hamba perkenalkan
Tiap sorang takkan ketinggalan
Bila tiba giliran tuan hamba dikenakan
Janganlah marah, janganlah berang
Rumah sewa taman bernam 41 inilah dunia fantasi kami
Di huni pula 8 jejaka yang ‘macho’ sekali
2 orang pendatang misteri turut nak join sekali
Tapi tidak mengapa sebab kami ni baik hati
Azril razali papa kami
Ketua rumah jawatan diberi
Waktu makan tidak dilupai
Untuk anak-anak yang disayangi
Mat Romantik dan Mat Spanar gelarannya
Semua perempuan dia nak goda
Katanya nak cukupkan “kouta” yang ada
Siapa lagi kalau bukan ikmal orangnya
Fauzi ‘propasal’ gelaran diberi
Berjawatan bendahari di rumah kami
Masa minta duit yang dia tak suka sekali
Bila mintak kami tak bagi
Muka berkumis bak Hitrik Roshan
Dipanggil fashan @ goku nama timangan
Di dalam rumah pendiam orangnya
Katanya ‘biasala nak jaga suara’
Rupanya kacak memang mengancam
Siapa terpandang pasti tertawan
Wan Mohd Agil menjadi bualan
Dalam kalangan gadis di negara jiran (bibik indon)
Masuk kelas lewat sekali
Kurus badan macam lidi
Semua itu dia tak peduli
Itulah Rahmat empunya diri
Penghuni baru rumah kami
Gelaran Jehan nama diberi
Tak banyak cakap setiap hari
Mungkin dia tak ‘beso’ lagi
Jejaka hansome rumah kami
Itulah Zubra nama glamour yang diberi
Di dalam rumah suka menyendiri
Harap kawan-kawan tak terasa hati
Renek-renek si cili padi
Kalau nak kenal itulah Nazri
Pasal study semangat sekali
Pukul 10 malam dah bermimpi
Tiba pula pencipta seloka
Itulah nua kenalan kita
Bergelak ketawa hobi dia
Bila exam pening kepala
Inilah kisah geng kami
Adat ketawa jadi tradisi
Bab usik mengusik mahir sekali
Maklumlah kami nak hiburkan hati
Sorrylah bro jika terkena
Tiada niat untuk mengata
Ini hanya sekadar seloka
Sebagai kenangan ketika bersama
Aligator bergayut di tiang telefon
Sambil bercakap sambil bertinggung
Minta maaf minta ampun
Kalau terkena janganlah tersinggung
Nukilan ikhlas dari:
Nua_10 > (B&K 2009/10)
Sunday, July 5, 2009
Seloka Rumah Sewa '09
Posted by nua_(10) at 3:18 AM 0 comments
Saturday, February 14, 2009
Monday, February 9, 2009
Rahsia Bantal
Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:
1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.
2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.
3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.
4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.
5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.
6) Tidak punya bantal
Kasihan betul... pergi kedai belilah satu
Posted by nua_(10) at 2:20 AM 0 comments
Sekadar Hobi...
Inilah aktiviti masa lapang saya. Jika ada waktu terluang sahaja, saya akan pergi memancing. Memancing ini bagus. Selain mendapat ikan , memancing juga dapat menenangkan jiwa dan perasaan kita, terutamanya semasa kita sibuk dan stress dengan assaiment. Tetapi, untuk mendapat ikan , kita kenalah banyak bersabar. Jangan pula stress bila kita tidak dapat tangkap ikan. Nanti, bertambah stresslah kita. Macam saya yang tidak mudah stress ni. Akhirnya, berjaya juga saya mendapatkan ikan. Foto ini dirakam semasa cuti Tahun Baru Cina yang lalu. Kepada mereka yang ingin mengajak saya untuk memancing, bolehlah menghantar jemputan tersebut di dalam blog saya ni. Jemputan anda akan saya cuba pertimbangkan. Sekian, terima kasih.
Posted by nua_(10) at 1:57 AM 0 comments
Sunday, February 8, 2009
Tips Mengurangkan Tekanan Dan Kebingungan
Setiap orang menghadapi tekanan, cuma dalam level yang berbeza.
Anda bingung dan tak tahu nak buat apa?
Atasinya dengan tip-tip ini.
1) Biasakan Diri Berada Dalam Keadaan Berwuduk
Jiwa kita akan jadi lebih tenang jika kita biasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.
Jika anda seorang pelajar, saya sarankan agar biasakan diri berwuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
2) Banyak Membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadah kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam.
Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
4) Selalu Berdoa
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan.
Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas.
Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
5) Bersangka Baik
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah.
Oleh itu, kita mestilah mengaanggap semua itu hanya sementara, tiada ujian yang aan kekal. Bersangka baik dengan Allah dan jangan menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita.
Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
6) Lakukan Kegiatan Luar - Bersukan dan Beriadah
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan.
Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
Posted by nua_(10) at 10:17 PM 0 comments